12 Disember 2009

Hari pertama di Long Bedian


Guru-guru dari semenanjung Malaysia yang akan bertugas di Baram telah ditempatkan di Hotel Mega Miri pada 4 / 1 / 2009. Pada keesokan harinya, kami bertolak ke Marudi dengan menaiki bot ekspres. Perjalanan merentasi sungai Baram mengambil masa lebih kurang 3 jam. sesampainya di Marudi, kami telah ditempatkan di Grand Hotel. Guru-guru dikumpulkan di sini mengikut peringkat-peringkat. Ada yang perlu menunggu 3 hari, ada yang 2 hari dan ada yang sehari. Kumpulan kami terpaaksa menunggu selama 3 hari kerana sampai lebih awal di Marudi.
Marudi dari segi sejarahnya merupakan sebuah daripada pekan tertua di Sarawak. Kedudukannya yang strategik di kawasan yang kaya dengan sumber alam semula jadi khususnya bagi industri kayu balak & kini penanaman kelapa sawit sememangnya memperlihatkan peranan penting Marudi dalam pembangunan kawasan Baram. Marudi terletaknya di bahagian utara Miri berhampiran Taman Negara Mulu hanya dapat dihubungkan dengan menggunakan pengangkutan udara (MasWing) dan sungai iaitu Batang Baram (menggunakan bot ekspress). Batang Baram, adalah laluan utama ke kawasan Ulu Baram. Setiap hari beberapa bot ekspres mengadakan perjalanan dari Miri ke pekan Marudi (perjalanan mengambil masa 2 jam setengah dengan tambang RM20 sehala) & ke destinasi terakhir di kawasan Ulu Baram, iaitu pekan Long Lama (3 jam perjalanan). Kini, Marudi juga dapat dihubungi dengan pengangkutan darat (melalui jalan pembalakkan melalui ladang kelapa sawit) dari Miri sejauh 54 km iaitu sejam perjalanan. Meredah jalan balak tersebut terpaksa melalui 2 buah sungai dengan menggunakan 2 feri iaitu di Sg. Bakong & satu lagi di Batang Baram. Tambang sebanyak RM60 dikenakan bagi satu perjalanan untuk kedua-dua feri tersebut. Marudi terkenal dengan Baram Regatta yang diadakan setiap 3 tahun sekali.
Tanggal 7/1/2009 kami sampai di SK Long Bedian melalui kem Temala. Kami telah dijemput dengan 3 buah kereta jenis Hilux. Kami rasa sangat bertuah kerana telah dijemput oleh Guru Besar SK Long Bedian. Beliau sedia menunggu kami di Marudi dan bersama-sama kami menuju ke sekolah.
Sesampainya kami di sebuah bukit, GB meminta pemandu untuk berhenti. Aku tertanya-tanya kenapa mereka hendak berhenti... Rupa-rupanya GB hendak membuat panggilan telefon. GB memberitahu kami bahawa di sekolah nanti tidak ada liputan.. maka semua yang ada dalam kereta tersebut panik dan masing-masing membuat panggilan telefon...
Perasaan pada ketika itu bercampur baur antara sedih dan lucu.. sedihnya kerana tidak ada liputan telefon dan yang lucunya, kami sama sekali tak sangka akan ke sekolah pedalaman yang sejauh itu. Perjalanan dengan kereta dari kem Temala memakan masa selama lebih kurang sejam.
Sesampainya kami di sana, kami ditempatkan di rumah-rumah guru. guru lelaki diberi 2 buah rumah dengan 2 orang guru dalam sebuah rumah. Walaupun rumah tersebut rumah lama namun ia cukup selesa untuk kami semua...
Pada malam tersebut juga, GB telah meraikan kedatangan kami dengan jamuan makan malam bersama-sama...

08 September 2009

Selamat Berpuasa


Salam Sejahtera...


Selamat berpuasalah aku ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Raya pun dah nak dkt jadi aku jugak nak ucap selamat hari raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.....

29 Ogos 2009

Sukan Tahunan sekolahku

Acara sukan tahunan 2009 telah berlangsung dengan meriah. Siap ada maskot lagi... maskot tu paling mendapat perhatian. Skuad yang berbaju oren ni daripada rumah Zuhal. Rumah Zuhal bertemakan warna oren dan merupakan kontijen paling sedikit jumlahnya. Secara keseluruhannya rumah zuhal mendapat tempat yang ketiga dengan pungutan pingat emas sebanyak 7 pingat.

















27 Jun 2009

Sekolahku....


Salam sejahtera kepada rakyat Malaysia.. aku bersyukur kerana masih lagi berpeluang untuk menulis.. kui..kui kui... aku sekarang berada di SK Long Bedian, Baram, Miri, Sarawak. Murid2 kurang lebih 300 orang.. guru2 22 orang.

26 Disember 2008

Roh Yang Tidak Aman....

Ni aku nak kongsi satu cerita dongeng.. dulu aku ni ambik course sastera jadi suka sangatlah dengan kisah2 dongeng ni... Kisah dogeng ni sangat seram... dan kalau sapa-sapa yang pernah baca citer ni dalam majalah, diam2 jelah....
Nama, watak, tempat semua aku ubah ikut kehendak aku... apa-apun baca jelah...

Kisah ni terjadi dalam masyarakat cina, nak dijadikan cerita Ah seng merupakan seorang yang handsome dan pandai. Dia baru saja habis belajar dan mula bekerja. Dia bekerja di sebuah bandar sebagai seorang pengurus. Dia banyak membantu keluarganya.. Ah seng hanya mempunyai seorang ibu dan seorang adik yang bernama Ah Tee Poo.
Pada satu hari, semasa Ah Seng pulang dari kerja dia terlibat dalam satu kemalangan.. kemalangan yang ngeri itu telah meragut nyawa Ah Seng.

Ibu dan adiknya sangat bersedih dengan kematian Ah Seng... Dengan itu, seperti biasa emaknya membuat satu upacara sembahyang bagi menenangkan roh Ah Seng.. Ibunya membakar wang-wang kertas dan gambar telefon bimbit kerana telefon merupakan barang yang paling disayangi Ah Seng...
Pada suatu malam, Ibunya terdengar suara Ah Seng... anaknya yang bongsu juga begitu... mereka mendengar suara Ah Seng sambil mengentuk pintu... Mereka hanya diam di dalam rumah dan tidak berani untuk membuka pintu... Perkara ini sangat menakutkan mereka berdua.
Pada malam berikutnya, gangguan daripada Ah Seng kedengaran lagi.. mereka masih tidak hiraukan suara yang memanggil mereka.. Dengan itu, ibu Ah Seng terfikir apakah yang telah berlaku sehingga roh anaknya itu tidak tenang... dalam asyik mengelamun, ibu tua itu terdengar bunyi telefon.. terus anaknya yang bongsu iaitu Ah Tee poo menjawab panggilan tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila terdengar suara abangnya di dalam telefon... Abangnya berkata " Mengapakah engkau dan ibu tidak membuka pintu masa aku memanggil kamu?" Terus tergamam adiknya terkejut dengan pertanyaan itu.. Adiknya bertanya kepada abangnya, apakah yang membuatkan rohnya tidak tenang... Abangnya menjawab, bagaimana roh aku nak tenang, hari tu masa hari upacara sembahyang ibu ada membakar handphone kepadaku... Adiknya bertanya lagi.. Jadi apa masalahnya?
Abangnya menjawab, apa masalahnya? kau orang bakar telefon jer, charger tak bagi pun ... bateri aku dah nak habis ni ... akhirnya panggilan itu terputus di situ (Bateri Ah Seng habis la tu).
Dengan itu, terjawablah persoalan sebelum ini bahawa roh Ah Seng tidak tenang kerana ibunya terlupa untuk membakar chargernya sekali...hahahha kena Tee Poo............


03 Disember 2008

A POSSIBLE DREAM

A POSSIBLE DREAM
What is now proven
was once only imagined.

Dare to dream,
You see things; and you say 'WHY?'
but I dream things that never were;
and I say 'WHY NOT?'

We are born to win
What lies behind us
and what lies before us
are tiny matters
compared to what lies WITHIN us.

There is always hope
Prosperity is not without many fears and distastes;
and adversity is not without comforts and hopes.

Don't worry be happy,
It is not work that kills men; it is worry.
Worry is rust upon the blade.

Best of luck to all.. Hepi posting.... :-)

02 Disember 2008

Lori Banjir

""""^^^^^^^^^^^
.Lori Banjir ....... """;.., __.
_..._...______ =====__..., ]
"(@ )'(@ )"*(@ )(@ )***(@


Kalau Banjir... Cepat- cepat la berpindah ya..

Setakat hari ni nasib baik cuaca elok sikit... Nampak gayanya beraya dalam hujan la kita nanti...

2019 melabuhkan tirainya