14 Disember 2007

Kelangsungan Hidup Seorang Insan

Kelangsungan hidup seorang insan yang bergelar manusia tidak lepas daripada menghadapi masalah. Hidup tanpa masalah seolah-olah cerita tanpa hero dan heroinnya... Masalah sebenarnya mengajar kita berfikir dan seterusnya memerlukan kita mengambil langkah untuk bertindak. Bertindak di sini bermaksud bertindak dalam erti kata yang sebenar iaitu secara positif.
Terdapat dua cara kita menghadapi masalah, iaitu yang pertama dengan menghadapi masalah. Manakala cara yang kedua pula ialah dengan melarikan diri daripada masalah...sebenarnya masalah tidak akan selesai sampai bila-bila jika kita sentiasa lari daripada masalah.
Masalah jika dilihat secara positif sebenarnya membawa kebaikan kepada kita kerana ia dapat mematangkan fikiran kita disamping mengajar kita erti hidup yang sebenarnya... Jadi janganlah kita takut untuk menghadapi masalah.... masalah dapat diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaiannya...

2019 melabuhkan tirainya