20 Oktober 2008

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun,
zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

19 Oktober 2008

IF YOU ARE MY FRIEND


Written with a pen,
Sealed with a kiss,
If you are my friend,
please answer this:


Are we friends?
Or are we not?
You told me once
But I forgot.

So tell me now
And tell me true
So I can say....
"I'm here for you."

Of all the friends
I've ever met,
You are one
I won't forget.

And if I die
Before you do,
I'll go to heaven
And wait for you.

If you are not there
On Judgment day,
I'll know you went
The other way.

I'll give the angels
Back their wings
And risk the loss
Of everything.
Just to prove my
friendship is true..
to have a friend like you!


PENYAKIT EGO


Salam Sejahtera

Apabila seseorang manusia itu alim yakni banyak ilmu dan lebih dari orang lain samada ilmu dunia dan akhirat, dan apabila seorang itu berpangkat besar Atau bila seseorang itu otaknya lebih dari orang lain atau bila seseorang itu kaya atau keturunan mulia Dan ternama seperti raja, ulama, orang besar dan bila seseorang itu berkelulusan tinggi dan bila seseorang perempuan itu cantik dan bila seseorang lelaki itu gagah maka rasa tinggi diri, sombong, angkuh dan takabur hingaplah pada hatinya. Sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja.

Sebab apabila seseorang itu mampu, berkebolehan, berjaya,istimewa, lebih dari orang lain maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri kepada Allah SWT dari hati nuraninya.Maka ruang yang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar, rasa istimewa, rasa tuan bahkan rasa Tuhan.Maka apabila hati sudah jadi begitu meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina maka sombonglah ia , angkuh dan takaburlah ia. Samada secara sengaja dan dirancang ataupun bukan secara dirancang dan tidak disedari.

Sebab ada orang apabila tahu dia istimewa maka dia pun mengaturlah hidupnya sebagai orang yang istimewa dan berusahalah dia menjaga statusnya. Sebaliknya ada pula orang yang sedar keistimewaan dirinya tetapi kerana dia faham Islam maka tidaklah mahu ia membesar- besarkan dirinya. Tapi oleh kerana taqwanya lemah maka dia tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu dari bertindak dengan perangai orang orang yang sombong dan takabur dan dia tidak mahu sebab dia tahu sikap itu dosanya besar tetapi dia tidak dapat melawan nafsunya. Maka termasuklah juga ia di dalam senarai orang yang sombong, ego dan takabur.

Mazmumah yang sangat dibenci Allah ialah penyakit ego (sombong) sebab ego membawa implikasi yang sangat buruk.Iblis laknatullah kerana penyakit ego telah derhaka kepada Tuhan. Firman Allah:-
Terjemahannya: "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takabur dan ia termasuk golongan orang-orang kafir". (Surah Al-Baqarah : 34 )

06 Oktober 2008

Gambar Reunion 2008




























































Salam Sejahtera

Ni gambar-gambar masa reunion hari tu...

Reunion 2008 & BBQ


Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah, tahun ni kami dapat sekali lagi mengadakan perjumpaan buat kali kedua secara rasminya selepas meninggalkan USM. Perjumpaan kali ini dihadiri oleh 16 orang peserta. Komitmen yang ditunjukkan oleh para kawan-kawan dan sahabat sangat mengagumkan. Bagaikan tidak percaya kerana kami telah melangkah setapak lagi ke hadapan. Lantaran umur yang semakin meningkat membuatkan kami kaget dan terpingga-pinga... betul ke? umur dah hampir 30-an? hahahaha
Perjumpaan kali ini telah diadakan di Pantai Perkasa, Bachok, Kelantan pada hari Jumaat jam 5 petang dan berakhir pada pukul 9 pagi keesokan harinya. Hampir semua peserta berada di Pantai Perkasa pada jam 7 petang.
Acara telah dimulakan dengan BBQ pada pukul 8.30 malam. Acara ini telah diselang-seli dengan gelak-tawa dan senda-gurau oleh teman-teman. usikan demi usikan oleh teman-teman ditujukan kepada Joe yang merupakan salah seorang teman yang sangat sporting. Malam tersebut mengingatkan kembali kisah-kisah lama semasa belajar di USM satu masa dahulu. Begitu cepat masa berlalu namun kenagan tersebut tetap teguh terpacak di hati.
Selepas makan kami berborak dan bermain bola tampar di tepi pantai. Setelah sekian lama tidak bersukan kepenatan amat dirasakan. Namun begitu, perasaan gembira telah mengatasi segalanya. Selepas bermain kami menyambung topik perbualan sehingga larut malam dan tidak sedar ramai yang terlelap dek kepenatan.
Pada keesokan harinya , seawal jam 7.30 pagi kami memulakan aktiviti bersukan dengan bermain bola tampar dan bola sepak. Detik ini merupakan saat yang paling gembira menghabiskan masa bersama teman-teman yang entah bila akan bertemu lagi.
Kami bersiap untuk pulang apabila jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Kami mengambil kesempatan untuk menangkap gambar untuk mengabadikan saat yang gembira seperti ini. Begitu pantas masa mencemburui kami. Kami terpaksa akur dan bertolak untuk pulang.
Entah bila lagi akan berjumpa kembali untuk sama-sama meraikan hari yang gembira seperti ini. Masing-masing sudahpun mempunyai tanggungjawab sendiri. Mustahil untuk bertemu begini jika komitmen tidak diberikan sepertimana kali ini. Semoga teman-teman dirahmati Allah dan dapat berjumpa lagi di lain masa. Diharapkan agar silatulrahim yang terjalin ini tidak akan pernah putus walaupun kedewasaan mendepani kita.
Wassalam

Selamat Hari Raya .... & Puasa 6

Salam Sejahtera

Sekejap je dah habis suasana hari raya.. Selamat berpuasa bagi yang berniat untuk berpuasa 6. Semoga usaha kita berpuasa diberkati Allah.

2019 melabuhkan tirainya