06 Oktober 2008

Reunion 2008 & BBQ


Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah, tahun ni kami dapat sekali lagi mengadakan perjumpaan buat kali kedua secara rasminya selepas meninggalkan USM. Perjumpaan kali ini dihadiri oleh 16 orang peserta. Komitmen yang ditunjukkan oleh para kawan-kawan dan sahabat sangat mengagumkan. Bagaikan tidak percaya kerana kami telah melangkah setapak lagi ke hadapan. Lantaran umur yang semakin meningkat membuatkan kami kaget dan terpingga-pinga... betul ke? umur dah hampir 30-an? hahahaha
Perjumpaan kali ini telah diadakan di Pantai Perkasa, Bachok, Kelantan pada hari Jumaat jam 5 petang dan berakhir pada pukul 9 pagi keesokan harinya. Hampir semua peserta berada di Pantai Perkasa pada jam 7 petang.
Acara telah dimulakan dengan BBQ pada pukul 8.30 malam. Acara ini telah diselang-seli dengan gelak-tawa dan senda-gurau oleh teman-teman. usikan demi usikan oleh teman-teman ditujukan kepada Joe yang merupakan salah seorang teman yang sangat sporting. Malam tersebut mengingatkan kembali kisah-kisah lama semasa belajar di USM satu masa dahulu. Begitu cepat masa berlalu namun kenagan tersebut tetap teguh terpacak di hati.
Selepas makan kami berborak dan bermain bola tampar di tepi pantai. Setelah sekian lama tidak bersukan kepenatan amat dirasakan. Namun begitu, perasaan gembira telah mengatasi segalanya. Selepas bermain kami menyambung topik perbualan sehingga larut malam dan tidak sedar ramai yang terlelap dek kepenatan.
Pada keesokan harinya , seawal jam 7.30 pagi kami memulakan aktiviti bersukan dengan bermain bola tampar dan bola sepak. Detik ini merupakan saat yang paling gembira menghabiskan masa bersama teman-teman yang entah bila akan bertemu lagi.
Kami bersiap untuk pulang apabila jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Kami mengambil kesempatan untuk menangkap gambar untuk mengabadikan saat yang gembira seperti ini. Begitu pantas masa mencemburui kami. Kami terpaksa akur dan bertolak untuk pulang.
Entah bila lagi akan berjumpa kembali untuk sama-sama meraikan hari yang gembira seperti ini. Masing-masing sudahpun mempunyai tanggungjawab sendiri. Mustahil untuk bertemu begini jika komitmen tidak diberikan sepertimana kali ini. Semoga teman-teman dirahmati Allah dan dapat berjumpa lagi di lain masa. Diharapkan agar silatulrahim yang terjalin ini tidak akan pernah putus walaupun kedewasaan mendepani kita.
Wassalam

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jeri kaloh main bola padan muka

Tanpa Nama berkata...

ri masukan lagi banyak gambar kawe nak ambik etek..
harapan kawe reunion raya haji ni mesti jadi plop..
sek kito bakar ayam sedak..

maeimai berkata...

Nati la aku masuk, lo ni tgh sibuk kissm. xde nok masuk gambar.

maeimai berkata...

Harap2 jadi la reunion tapi tgk keadaan hujan la rana. urusetia reunion Joe (Cikgu JJ) ata doh surat madoh...

2019 melabuhkan tirainya