Memaparkan catatan dengan label public gold. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label public gold. Papar semua catatan

09 Oktober 2011

Memulakan Pelaburan Emas Fizikal


Sebelum melabur atau membeli emas jongkong atau syiling dinar kita mesti memeriksa syarikat terbaik, sah , “spread” (beza harga jual dan beli yang rendah, kemudahan menjual balik dan sebagainya.
Seterusnya anda perlu menggunakan teknik yang betul,utama dan sebenar seperti di bawah :

1. Hanya Beli Emas Fizikal
Hanya beli emas fizikal yang boleh anda pegang di tangan, iaitu beli emas dapat emas bukan beli emas dapat nombor. Sebab mengapa anda perlu beli emas yang boleh anda pegang dan simpan sendiri.
Pertamanya,  ia mengurangkan risiko anda ditipu. Beli emas tetapi tidak dapat emas, hanya dapat lihat nombor-nombor tercetak di atas slip (buku akaun emas / eft dan sebagainya).Entah betul atau tidak emas itu “benar-benar wujud”? Tidak anda ketahui! Jika bank tutup?(Tidak mustahil berlaku, malah pernah berlaku).  Apakah yang akan terjadi dengan nombor nombor yang tercatat pada slip akaun simpanan emas anda?.Jadi beli emas fizikal!

Keduanya, ia lebih selamat. Maksud saya, jika apa-apa berlaku kepada ekonomi negara, atau pihak syarikat/bank tempat anda beli emas itu (seperti ditutup). Anda tidak perlu risaukan apa-apa, sebab, emas tersebut masih di tangan anda!  Dan emas, adalah sesuatu yang bernilai! Anda masih boleh menjualnya kepada pihak lain (walaupun anda mungkin rugi sedikit akibat perbezaan spread yang besar), tetapi anda masih boleh menjualnya!. Jika benarlah, suatu hari nanti, negara kita mengalami masalah hyperinflasi dan suasananya menjadi kacau-bilau! Anda mempunyai pilihan untuk berhijrah ke negara jiran dengan membawa emas-emas anda. Kemudian, gadaikan ia disana dan mulakan kehidupan yang baru! (Seperti mana yang pernah dilakukan oleh pelarian Vietnam ketika perang dulu!) Berbeza jika anda membawa wang kertas Malaysia  ke luar negara dan cuba tukarkannya dimoney exchanger, ianya mungkin sudah tidak diterima kerana sudah tidak begitu bernilai,ataupun anda hanya akan mendapat nilai yang sangat kecil sahaja. Jadi beli emas fizikal!

Ketiga, Penggandaan wang. Hanya emas fizikal kita boleh buat penggandaan wang/emas yang paling banyak. Iaitu dengan cara pajak emas di Ar-rahnu atau bank (Agrobank). Pajak emas paling banyak dapat pinjaman iaitu 65% hingga 80% daripada nilai emas. Jika kita pajak tanah kita di bank hanya dapat 50% daripada nilai tanah sahaja. Kenapa ? Sebabnya pihak bank atau dunia mengetahui emas akan sentiasa meningkat harganya. Jadi beli emas fizkal sekarang.. Dan teknik ini, hanya boleh dilakukan jika anda memiliki dan memegang emas tersebut di tangan anda!.Kalau emas yg jenis dalam buku simpanan bank, memang tak boleh. Jadi belilah emas fizikal!

2. Membeli Emas Hanya Sebahagian Sahaja Daripada Wang Anda.
Walaupun pelaburan emas ini sangat menguntungkan, tetapi, usahlah menjadi terlalufanatik (atau tamak sebenarnya), dan melaburkan kesemua wang anda kepada emas. Sebaik-baiknya hanya melabur 50% wang anda. Jangan sesekali melupakan hukum pelaburan.. “Don’t put all your eggs in one basket”.. jadi.. berpada-pada lah. Gunakan sebahagian lagi wang anda untuk pelaburan lain seperti tanah, dana amanah ( seperti Public Mutual ), ASB atau perniagaan. Tujuan utama yang lain adalah jika harga emas turun, anda boleh lagi membeli jongkong emas agar merendahkan harga emas anda melalui konsep pemurataan harga.

3. Beli Emas waktu Anda Ada Duit Sekarang, Jangan Tunggu Harga Rendah
Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja,
kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit!, bukannya sewaktu harga emas sedang murah!, sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benar-benar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS! (bukannya besi!). Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat. Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah .. baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi..
“Tetapi bagaimana kalau selepas saya beli! Harga emas jatuh?!”
Oh!.. itu mudah sahaja!.. Beli lagi! Dan teknik ini, dipanggail “pemurataan harga”, dengan kaedah ini, anda akan dapat merendahkan kadar purata kos anda membeli emas. Sebagai contoh, Anda telah membeli seketul emas 20gm, sewaktu ianya berharga RM3200, sebulan selepas itu, tiba-tiba harga emas tersebut turun menjadi RM2800.  Anda pun membelinya satu lagi.Kini secara puratanya, kos anda untuk memiliki 2 ketul emas 20gm ialah (3200+2800 / 2) =RM3,000. Kini, anda hanya perlu tunggu harga emas itu naik semula  melebihi RM3000 untuk membolehkan pelaburan anda untung semula. Berbeza kalau anda tidak membeli emas lagi, maknanya, anda perlu tunggu emas naik semula melebihi RM3200 untuk memastikanpelaburan anda terhadap seketul emas itu menguntungkan. Disebabkan itu jugalah, anda tidak digalakkan membeli  kesemua wang tunai anda kepada emas sekaligus, beli sedikit dahulu, kemudian tunggu, lihat pergerakkan harga emas tersebut, turun atau naik.. hanya selepas anda membeli buat pertama kali, barulah anda dapat lihat dengan jelas maksud “tinggi” atau “rendah” harga emas itu pada satu-satu
 waktu, kerana kini, anda sudahpun mempunyai “benchmark” (tanda pengukur) anda sendiri, iaitu harga emas sewaktu anda membelinya pada kali yang pertama. Selagi anda tidak membeli emas buat kali pertama, anda tidak akan tahu bilakah harga emas itu “rendah” atau “tinggi” , sebab anda tidak ada “satu harga”  benchmark untuk anda bandingkan. Jadi, beli sikit-sikitdahulu, malahan ada sesetengah penjual emas yang mengalakkan anda membeli 1 dinar 1 bulan. Cukup 12 bulan, sudah ada 12 dinar..  

“Bagaimana pula jika pada waktu harga emas jatuh itu, saya sudah tidak ada duit untuk
membeli emas lagi?” Ada 2 pilihan disini!.. 

Pertama, anda boleh pajak emas (bar) yang anda sedia ada itu , kemudian, wang hasil pajakan itu
anda gunakan untuk beli emas lagi! Kos upah simpan adalah 0.75% sebulan, bersamaan
dengan 9% setahun (lebih kurang interest pinjaman bank). Untuk memastikan teknik ini
berjaya, anda perlu pastikan, harga emas yang baru anda beli itu meningkat lebih dari 15%
dalam masa setahun ( untuk cover semula kos 9% upah pajak + 6% spread emas). Jika tidak, anda mungkin akan sedikit rugi. Dan ya! Teknik ini hanya boleh dilakukan jika emas tersebut ada di tangan anda! Emas yg dibeli secara “buku akaun simpanan”, tidak boleh melakukan teknik ini.
Pilihan Kedua, rileks saja jangan takut emas akan naik kerana peningkatan manusia dan penggunaan emas dalam elektronik dan sebagainya akan meningkatkan permintaan emas seterusnya akan meningkat harga emas. Insyallah harga emas akan naik semula dalam masa 1-2  bulan kemudian. Itu adalah perkara normal, harga emas memang akan sentiasa turun dan naik, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya pasti akan meningkat. Jadi, jangan terlalu gabra / cemas setiap kali melihat harga emas turun. Itu adalah perkara normal.

4. Beli Emas Yang Mudah Di jual beli, Tidak Cerewet Dengan Syarikat Pelaburan Emas Yang Sah  
Emas yang tidak cerewet yang saya maksudkan ialah, emas yang tidak jatuh nilainya
walaupun sudah tercalar, bengkok, dibuka sampul plastiknya atau sebagainya, tetapi, pihak
penjual emas tersebut masih sedia untuk membelinya semula dengan harga yang tinggi!. 
Manakala emas yang mudah dijualbeli pula bermaksud, emas tersebut senang dibeli dan
dijual semula dimana-mana lokasi kerana terdapat ramai pengedarnya. Senang kata, belilah
emas keluaran Public Gold Sdn. Bhd. www.publicgold.com.my  , sebab hanya syarikat public
gold yang sedia menerima emasnya walaupun sudah bengkok dan calar, tambahan
lagi, syarikat tersebut kini sudah mempunyai ramai pengedar seluruh malaysia, kini dah lebih dari 3000 dealer. Public Gold memberikan perkhidmatan terbaik dengan sistem kunci harga “lock harga” 24 jam untuk anda membeli atau menjual secara online atau internet mengikut harga emas antarabangsa yang berubah setiap 20 minit. Jika anda menjadi dealer Public Gold akan akan dapat wang hasil jualan emas anda hanya dalam masa sehari, terus masuk ke akaun anda. Berbeza dengan pelaburan lain, lambat mendapat wang, contohnya menjual saham Public Mutual mengambil masa lebih kurang 10 hari untuk wang hasil jualan itu masuk kedalam akaun anda.  

5. Jangan Terlalu Mudah Menjual Semula Emas Anda!
Walaupun emas itu boleh dijual semula dengan mudah, tapi saya nasihatkan, seboleh bolehnya,jangan jual emas anda. Ini kerana, kemungkinan besar, selepas anda menjual
emas anda itu, anda mungkin sudah tidak dapat membeli emas itu semula dengan harga
yang pernah anda beli suatu masa lalu.. ini kerana, harga emas sentiasa meningkat .  Jadi,
jika anda ingin menjual emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang betul-betul kukuh mengapa anda perlu menjualnya.  Tetapi, jika anda cuma terdesak nak pakai duit buat sementara waktu! Cara yang lebih baik..adalah denganmemajakkan emas tersebut! Dan bukan menjualnya! Itu lebih baik.
Anda boleh menjual emas anda sebahagiannya jika anda adalah Dealer Public Gold kerana anda akan mendapat komisen sewaktu membeli emas dan sewaktu menjual emas anda. Untuk menjadi dealer Public Gold anda hanya perlu membeli emas sebanyak RM20,000.00. Anda boleh memilih jenis emas/dinar yg bernilai RM20,000.00 tersebut. Secara automatik anda akan menjadi dealer. Tiada syarat lain dikenakan termasuk yuran pendaftaran (RM 0).

6. Jangan “saja-saja” pajak emas anda!
Ya! Walaupun emas anda boleh dipajak, tetapi, anda janganlah secara “suka-suka sebab
takde kerja” memajak emas anda. Memajak emas, sebenarnya, membawa erti/maksud
“anda membuat pinjaman”. Jadi, nak buat apa anda mahu buat pinjaman jika tiada apa-apa
sebab! Tak pasal-pasal  membazir duit bayar kadar faedah / upah simpan.
Jika anda ingin pajak emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang khusus dan kukuh,
antara tujuan yang saya fikir sesuai untuk anda memajakkan emas anda, adalah : 
1. Ingin mendapatkan modal permulaan/pusingan perniagaan anda
2. Ingin membeli lebih banyak emas
3. Memang sebab terdesak nak pakai duit sebab nak bayar hutang, kereta rosak atau hal-hal kecemasan yang lain.
Itulah sahaja 3 sebab yang saya rasa sesuai untuk anda memajakkan emas anda. Sebab sebab lain seperti,nak pakai duit sebab nak beli handphone baru, nak beli TV besar dan lain lain perkara didalam kategori liabiliti, adalah tidak digalakkan.

KESIMPULAN
Itulah antara beberapa tips tentang pelaburan emas yang utama,betul, sebenarnya dan selamat. Jika anda ingin membeli dan melabur di dalam emas, belilah emas fizikal, dan belilah apabila anda sudah cukup duit! Tak perlu nak tunggu harga terendah baru mahu beli, kemungkinan besar anda tidak akan menjumpai  waktu itu dan akhirnya semakin kurang mampu untuk membeli emas.  Sebenarnya rugi jika membiarkan sahaja wang tunai itu terperap di dalam bank. Nilainya akan menjadi semakin susut akibat inflasi. Dan akhir sekali, apabila sudah memiliki emas, jangan terlalu mudah menjualnya atau secara suka-suka memajaknya. Pastikan anda mempunyai tujuan yang kukuh jika anda mahu menjual atau memajaknya. 
Bagi saya syarikat pelaburan terbaik untuk melabur dalam pelaburan emas yang memenuhi ciri-ciri teknik pelaburan emas yang betul, sebenar dan selamat adalah Public Gold. Saya nasihatkan anda agar menjadi dealer Public Gold untuk memulakan pelaburan emas kerana banyak kelebihan apabila kita menjadi dealer atau pengedar emas Public Gold. Kalau tak mahu pun boleh simpan emas tersebut sebagai aset peribadi... sekian.

2019 melabuhkan tirainya