26 Disember 2008

Roh Yang Tidak Aman....

Ni aku nak kongsi satu cerita dongeng.. dulu aku ni ambik course sastera jadi suka sangatlah dengan kisah2 dongeng ni... Kisah dogeng ni sangat seram... dan kalau sapa-sapa yang pernah baca citer ni dalam majalah, diam2 jelah....
Nama, watak, tempat semua aku ubah ikut kehendak aku... apa-apun baca jelah...

Kisah ni terjadi dalam masyarakat cina, nak dijadikan cerita Ah seng merupakan seorang yang handsome dan pandai. Dia baru saja habis belajar dan mula bekerja. Dia bekerja di sebuah bandar sebagai seorang pengurus. Dia banyak membantu keluarganya.. Ah seng hanya mempunyai seorang ibu dan seorang adik yang bernama Ah Tee Poo.
Pada satu hari, semasa Ah Seng pulang dari kerja dia terlibat dalam satu kemalangan.. kemalangan yang ngeri itu telah meragut nyawa Ah Seng.

Ibu dan adiknya sangat bersedih dengan kematian Ah Seng... Dengan itu, seperti biasa emaknya membuat satu upacara sembahyang bagi menenangkan roh Ah Seng.. Ibunya membakar wang-wang kertas dan gambar telefon bimbit kerana telefon merupakan barang yang paling disayangi Ah Seng...
Pada suatu malam, Ibunya terdengar suara Ah Seng... anaknya yang bongsu juga begitu... mereka mendengar suara Ah Seng sambil mengentuk pintu... Mereka hanya diam di dalam rumah dan tidak berani untuk membuka pintu... Perkara ini sangat menakutkan mereka berdua.
Pada malam berikutnya, gangguan daripada Ah Seng kedengaran lagi.. mereka masih tidak hiraukan suara yang memanggil mereka.. Dengan itu, ibu Ah Seng terfikir apakah yang telah berlaku sehingga roh anaknya itu tidak tenang... dalam asyik mengelamun, ibu tua itu terdengar bunyi telefon.. terus anaknya yang bongsu iaitu Ah Tee poo menjawab panggilan tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila terdengar suara abangnya di dalam telefon... Abangnya berkata " Mengapakah engkau dan ibu tidak membuka pintu masa aku memanggil kamu?" Terus tergamam adiknya terkejut dengan pertanyaan itu.. Adiknya bertanya kepada abangnya, apakah yang membuatkan rohnya tidak tenang... Abangnya menjawab, bagaimana roh aku nak tenang, hari tu masa hari upacara sembahyang ibu ada membakar handphone kepadaku... Adiknya bertanya lagi.. Jadi apa masalahnya?
Abangnya menjawab, apa masalahnya? kau orang bakar telefon jer, charger tak bagi pun ... bateri aku dah nak habis ni ... akhirnya panggilan itu terputus di situ (Bateri Ah Seng habis la tu).
Dengan itu, terjawablah persoalan sebelum ini bahawa roh Ah Seng tidak tenang kerana ibunya terlupa untuk membakar chargernya sekali...hahahha kena Tee Poo............


Tiada ulasan:

2019 melabuhkan tirainya