12 Disember 2009

Hari pertama di Long Bedian


Guru-guru dari semenanjung Malaysia yang akan bertugas di Baram telah ditempatkan di Hotel Mega Miri pada 4 / 1 / 2009. Pada keesokan harinya, kami bertolak ke Marudi dengan menaiki bot ekspres. Perjalanan merentasi sungai Baram mengambil masa lebih kurang 3 jam. sesampainya di Marudi, kami telah ditempatkan di Grand Hotel. Guru-guru dikumpulkan di sini mengikut peringkat-peringkat. Ada yang perlu menunggu 3 hari, ada yang 2 hari dan ada yang sehari. Kumpulan kami terpaaksa menunggu selama 3 hari kerana sampai lebih awal di Marudi.
Marudi dari segi sejarahnya merupakan sebuah daripada pekan tertua di Sarawak. Kedudukannya yang strategik di kawasan yang kaya dengan sumber alam semula jadi khususnya bagi industri kayu balak & kini penanaman kelapa sawit sememangnya memperlihatkan peranan penting Marudi dalam pembangunan kawasan Baram. Marudi terletaknya di bahagian utara Miri berhampiran Taman Negara Mulu hanya dapat dihubungkan dengan menggunakan pengangkutan udara (MasWing) dan sungai iaitu Batang Baram (menggunakan bot ekspress). Batang Baram, adalah laluan utama ke kawasan Ulu Baram. Setiap hari beberapa bot ekspres mengadakan perjalanan dari Miri ke pekan Marudi (perjalanan mengambil masa 2 jam setengah dengan tambang RM20 sehala) & ke destinasi terakhir di kawasan Ulu Baram, iaitu pekan Long Lama (3 jam perjalanan). Kini, Marudi juga dapat dihubungi dengan pengangkutan darat (melalui jalan pembalakkan melalui ladang kelapa sawit) dari Miri sejauh 54 km iaitu sejam perjalanan. Meredah jalan balak tersebut terpaksa melalui 2 buah sungai dengan menggunakan 2 feri iaitu di Sg. Bakong & satu lagi di Batang Baram. Tambang sebanyak RM60 dikenakan bagi satu perjalanan untuk kedua-dua feri tersebut. Marudi terkenal dengan Baram Regatta yang diadakan setiap 3 tahun sekali.
Tanggal 7/1/2009 kami sampai di SK Long Bedian melalui kem Temala. Kami telah dijemput dengan 3 buah kereta jenis Hilux. Kami rasa sangat bertuah kerana telah dijemput oleh Guru Besar SK Long Bedian. Beliau sedia menunggu kami di Marudi dan bersama-sama kami menuju ke sekolah.
Sesampainya kami di sebuah bukit, GB meminta pemandu untuk berhenti. Aku tertanya-tanya kenapa mereka hendak berhenti... Rupa-rupanya GB hendak membuat panggilan telefon. GB memberitahu kami bahawa di sekolah nanti tidak ada liputan.. maka semua yang ada dalam kereta tersebut panik dan masing-masing membuat panggilan telefon...
Perasaan pada ketika itu bercampur baur antara sedih dan lucu.. sedihnya kerana tidak ada liputan telefon dan yang lucunya, kami sama sekali tak sangka akan ke sekolah pedalaman yang sejauh itu. Perjalanan dengan kereta dari kem Temala memakan masa selama lebih kurang sejam.
Sesampainya kami di sana, kami ditempatkan di rumah-rumah guru. guru lelaki diberi 2 buah rumah dengan 2 orang guru dalam sebuah rumah. Walaupun rumah tersebut rumah lama namun ia cukup selesa untuk kami semua...
Pada malam tersebut juga, GB telah meraikan kedatangan kami dengan jamuan makan malam bersama-sama...

Tiada ulasan:

2019 melabuhkan tirainya