30 November 2008

10 bahasa paling luas dipertuturkan di dunia


10 bahasa paling luas dipertuturkan di dunia

1. Mandarin

Bilangan penutur : Kira-kira 1 bilion


Bahasa yang paling luas penggunaannya dalam planet ini dikira berdasarkan negara yang mempunyai populasi terbesar. Ia mengatasi bahasa yang berada di tempat kedua, Bahasa Inggeris pada nisbah 2 : 1. Walaupun luas dipertuturkan, ia tidak bermakna bahasa ini mudah untuk dikuasai. Bertutur dalam bahasa Mandarin agak sukar kerana setiap perkataan disebut dalam empat cara atau nada. Bagi yang baru mempelajari, mereka akan mempunyai masalah untuk membezakan antara satu nada dengan nada yang lain.

Ucapan Hello dalam bahasa Mandarin adalah Ni Hao (Nee HaOW).

2. Bahasa Inggeris

Bilangan penutur : Kira-kira 508 juta


Biarpun ia bukanlah bahasa paling luas dipertuturkan, bahasa ini menjadi bahasa rasmi di lebih banyak negara berbanding bahasa lain. Penuturnya berasal dari berbagai negara di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat (AS), Australia, England, Zimbabwe, Carribean, Hong Kong, Afrika Selatan dan Kanada.

3. Hindustan

Bilangan penutur : Kira-kira 497 juta


Bahasa kebangsaan India ini merangkumi banyak dialek. Sedang ramai menjangkakan bilangan penduduk India akan mengatasi China tidak lama lagi, populariti bahasa Inggeris di India menghalang bahasa Hindustan mengatasi bahasa paling popular di dunia itu (Mandarin). Cara mudah mempelajari bahasa ini adalah dengan menonton filem Hindustan.

Ucapan Hello dalam bahasa Hindustan adalah namaste (Nah-MAH-stay).

4. Sepanyol

Bilangan penutur : Kira-kira 392 juta


Bahasa Sepanyol dituturkan hampir di seluruh Amerika Selatan, Amerika Tengah, Sepanyol, Cuba dan juga AS. Membuktikan betapa berpengaruhnya bahasa ini, banyak perkataan Inggeris asalnya dipinjamkan dari bahasa Sepanyol, termasuklah tornado, bonanza, patio, quesadilla, enchilada dan taco grande supreme.

Ucapan Hello dalam bahasa Sepanyol adalah Hola (OH-la).

5. Russia

Bilangan penutur : Kira-kira 277 juta


Bahasa ini adalah satu daripada bahasa dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Bahasa Russia bukan saja dituturkan di Russia tetapi juga di Belarus, Kazakhstan dan beberapa tempat di AS.

Ucapan Hello dalam bahasa Russia adalah Zdravstvuite (ZDRAST-vet-yah).

6. Bahasa Arab

Bilangan penutur : Kira-kira 246 juta


Bahasa ini adalah antara bahasa tertua di dunia, dituturkan penduduk Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Syria, Jordan, Lebanon dan Mesir. Oleh kerana ia adalah bahasa Al-Quran, jutaan orang Islam di merata tempat boleh bertutur dalam bahasa Arab juga. Ramai orang mahir berbahasa Arab disebabkan kerjaya. Malah, pada 1974, bahasa ini dijadikan bahasa rasmi keenam dalam PBB.

Ucapan Hello dalam bahasa Arab adalah Assalamualaikum.

7. Benggali

Bilangan penutur : Kira-kira 211 juta


Negara yang jumlah penduduknya lebih 120 juta orang, Bangladesh, hampir semua warganya bertutur dalam bahasa Benggali. Oleh kerana ia dikelilingi negara India, bilangan penutur bahasa ini adalah lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Ucapan Hello dalam bahasa Benggali adalah Ei Je (EYE-jay).

8. Portugis

Bilangan penutur : Kira-kira 191 juta


Pada kurun ke-12 dulu, Portugal mencapai kemerdekaan selepas dijajah Sepanyol dan kemudiannya meluaskan pengaruh ke serata dunia dengan bantuan pengembara terkenal seperti Vasco da Gama dan Putera Henry. Oleh kerana Portugal terlebih dulu meluaskan pengaruhnya, secara tidak langsung bahasa mereka dikenali di serata dunia terutama di Brazil (yang menjadikannya bahasa rasmi), Macau, Venezuela, Angola dan Mozambique.

Ucapan Hello dalam bahasa Portugis adalah Bom dia (bohn Dee-ah).

9. Melayu-Indonesia

Bilangan penutur : 159 juta


Bahasa ini dituturkan di Malaysia dan Indonesia. Agak sukar untuk mendapatkan bilangan penuturnya dengan tepat kerana terdapat banyak dialek Melayu dan yang paling popularnya adalah Indonesia. Namun, semuanya berasal dari rumpun bahasa yang sama.

10. Perancis

Bilangan penutur : 129 juta


Sering digelar bahasa paling romantik di dunia. Selain Perancis, bahasa ini dituturkan di banyak negara, antaranya Belgium, Kanada, Rwanda, Cameroon dan Haiti.

Ucapan Hello dalam bahasa Perancis adalah Bonjour (bone-JOOR).

http://www.soyouwanna.com/site/toptens/languages/languages.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di manakah letaknya ranking bahasa melayu wahai saudara pengarang???

2019 melabuhkan tirainya