24 September 2008

Lebaran yang membuka Lembaran


Ramadhan yang datang tahun ini akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Teringat Ramadhan tahun lalu...cepat sungguh masa berlalu.. masa-masa dekat raya ginilah kita tringat ngan org jauh,family, saing-saing dan macam-macam lagi..

Hok belalu pasti doh akan tetap berlalu.. hok depan x tahu lagi macam mana. Sukar tu memang sukar sebab perjalanan hidup kita banyak dugaan dan rintangan. Macam orang kata pengalaman tu lah mendewasakan kita. Dari pengalaman tu lah kita belajar. Tapi bukan semudah apo hok orang kato. berkata memang senang tapi susoh untuk melakukannya.

Hari lebaran akan membuka lembaran baru dalam hidup kita. Hari di mana kita merayakan dan meraikan kemenagan kita berpuasa. Dengan itu, lembaran baru juga bermakna kita meraikan saat-saat kemenagan dalam hidup kita. Hidup ini banyak dugaan dan rintangannya. Bagi kita yang rasa hidup tidak bermakna bererti kita tidak mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya.

Sempena lebaran yang akan menjelma tidak lama lagi, seharusnya kita menilai diri kita sendiri di mana kita berada. Setakat mana yang kita capai. Semoga lebaran pada tahun ini amat bermakna buat kita.

Wassalam

Tiada ulasan:

2019 melabuhkan tirainya